MARI MENGENALI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

 

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

     Kita selalu mendengar mengenai individu yang memiliki tahap kecerdasan (intelligence quotient – IQ) yang tinggi. Misalnya ahli fizik Stephen Hawking memiliki skor IQ 160, manakala pemain catur terkemuka Gary Kasparov, 194.

·         Umumnya mereka yang dianggap pintar dan cerdas ini memiliki tahap kecerdasan di atas 130. Istilah pintar cerdas pertama kali digunakan oleh Francis Galton pada tahun 1869, manakala konsep kepintaran berasal daripada istilah kecerdasan atau ‘intelligent’.

·         Individu yang pintar cerdas ini didefinisikan sebagai mereka yang memiliki keupayaan pembelajaran dan perkembangan melebihi tahap normal. Selain itu ia juga merujuk kepada keupayaan seseorang melakukan penaakulan iaitu kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat.

·         Individu yang pintar cerdas ini didefinisikan sebagai mereka yang memiliki keupayaan pembelajaran dan perkembangan melebihi tahap normal. Selain itu ia juga merujuk kepada keupayaan seseorang melakukan penaakulan iaitu kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat.

·         Bagaimanapun, setiap individu yang dikategorikan sebagai pintar cerdas ini memiliki domain kebolehan tersendiri iaitu terbahagi kepada intelektual, akademik, verbal, kemahiran sosial, muzik, kemahiran fizikal dan kecerdasan emosi.

·         Ada sesetengah kanak-kanak ini disifatkan sebagai berbakat atau ‘gifted’. Ia merujuk kepada kebolehan semula jadi yang terdapat dalam diri individu.

·         Namun, tidak semua ibu bapa mampu mengenal pasti kanak-kanak pintar. Justeru sekolah rendah dilihat sebagai asas utama kepada pengesanan keupayaan mereka berdasarkan perkembangan aktiviti pembelajaran. Namun adakala kepintaran mereka disalahertikan menyebabkan murid tersisih. Justeru peranan ahli psikologi diperlukan untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar.






Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pintar Cerdas Boleh Dibahagikan Kepada Aspek Kognitif, Kemahiran Fizikal, Tingkah Laku, Intelektual, Akademik, Verbal, Kecerdasan Emosi Dan Kemahiran Bersosial.





Ulasan